Tuesday 24 January 2012

Majlis Dialog bersama JPA, SPA dan CUEPACS bersama OKU Penglihatan

Tahniah kepada penganjur SBM

Tertarik dengan ucapan presiden SBM.

Janganlah dijumudkan pekerjaan-pekerjaan yang bersesuaian dengan OKU penglihatan khususnya operator telefon-  ( Kini jawatan dikenali sebagai PT - bertujuan untuk lebih terbuka dan umum) walaubagaimanapun kegusaran OKU penglihatan adalah tidak diambil lagi untuk perjawatan tersebut kerana ianya perlu jelas bersaing)

Untuk jawatan - jawatan lain dan profesional biarlah kami bersaing..... mengetengahkan bakat kami sebagai pekerja yang baik dan berdedikasi.

Namun sediakanlah kami ruang untuk berkerja dan berkhidmat untuk negara walaupun dengan jawatan yang biasa,

Kami ada anak, untuk ditunjukan setinggi mana menara KLCC.. walaupun kami x nampak
Kami ada anak, untuk ditunjukan betapa cantiknya pembangunan dimalaysia.. walaupun kami x nampak
Kami ada anak, untuk ditunjukan betapa cantiknya kereta buatan malaysia,... walaupun kami x nampak..
Kami ada anak, untuk diberi sesuap nasi dan pendidikan....ada anak untuk hantar tuisyen..
Kami ingin berkhidmat untuk negara.. dengan mendapat seadanya untuk menyara kehidupan keluarga.
Janganlah dinafikan hak kami untuk berkhidmat untuk negara.

Dikaitkan dengan seorang OKU buta telah dipanggil temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir. Oku ini telah ditolak oleh penemuduga dengan meminta maaf tidak dapat menerima kerana "kamu buta". 

(Masih ada si bahlul.. yang berkata sedemikian.. yang pastinya berpendidikan kerana boleh dijadikan penemuduga. Rupanya lebih tidak berpendidikan seperti katak bawah tempurung.   Sekurang-kurangnya, sekiranya ia tidak pasti.. dengan kebolehan orang buta..,.. catatlah dulu, rujukla dulu pihak yang berkaitan, fahamilah.. dulu, atau ujila.. dulu.._
Sibedebah ini sebenarnya tidak layak menjadi penemuduga,  alasan yang begitu bodoh.

Secara kesimpulannya.. siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab?

1. Orang yang berada diatas perlu bertanggungjawan menyediakan ruang seperti yang telah termaktub dalam peraturan ( Dasar 1%) masih tidak dipenuhi

2. Pengurusan OKU ( MAB, JKM dan Sebagainya)- wajar menggerakan pihak atasan, wajar mempromosikan nakat OKU

3. Pemimpin OKU ( Persatuan-Persatuan)- Wajar mengerakan - Contoh seperti Forum ini, secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pihak-pihak yang terlibat.

4. OKU itu sendiri- Perlu mempamirkan bakat dan kebolehan dalam malaksanakan tugas dan tanggungjawab, Sikap meminta ( demand) terlebih dahulu adalah sesuatu yang kurang baik) Laksanakan tugas dan tanggungjawab sebaiknya dengan segala apada yang ada.. dan permintaan untuk kebajikan boleh dipohon seadanya dengan menunjukan kebolehan sendiri.. Contoh : Si OKU ditawarkan untuk berkhidmat dimana2 tempat, tetapi sebaliknya memohon untuk minta ditempat yang berhampiran rumah atas alasan, kesukaran pengangkutan susah bergerak ditempat baru kerana buta.   Jauhila alasan sebegini kerana ianya akan lebih menyebabkan kepercayaan sukar dibina.  Saya percaya OKU penglihatan perlu menyesuaikan diri dimana-mana sahaja tempat yang bersesuaian (yang tidak mendatangkan bahaya besar) kerana mereka boleh berdikari, mereka ada cara, dan mereka lebih peka dari orang biasa.- Tidak salah untuk demand, tetapi biarlah berpada dan bertepatan.. Ramai lagi anak-anak murid kita di bawah yang memerlukan perkerjaan- JIka OKU yang bekerja telah membuktikan kerja adalah baik, maka tidsak susah anak-anak kita nanti untuk mendapat peluang pekerjaan, Tetapi jika pekerja OKU sekarang menunjukan sikap kerja yang tidak baik.. maka nescaya.. kesukaran pekerjaan untuk oku akan terus.. dan beterusan..

Hanya sebuah pandangan......

Perlawanan Futsal B1 Terbuka Kebangsaan sempena hari wilayah

Perlawanan futsal ini akan diadakan didataran merdeka pada 29 hb Januari 2012, bermula Jam 9.oo pagi.  Sasaran penyertaan adalah 5 pasukan dimana setiap pasukan perlu menyenaraikan
1. Seorang Pengurus/ Jurulatih
2. Seorang Gol Guide
3. Seorang Penjaga Gol  ( Normal)
4. Pemain Buta ( B1)   6 orang

Penyertaan masih lagi terbuka diharap banyak penyertaan pasukan bagi memantapkan lagi pemilihan team futsal kebangsaan. ( Malaysia). Semoga semua memberi sokongan


Gambar2 malaysia Vs Korea