Monday 5 March 2012

Johan Pertandingan

tahniah kawan2 .. terima kasih masih sudi melibatkan saya.. sangat seronok dan enjoy.. terima kasih penganjur... Hadiah Pertama.. Medal, and Jesi Satu Set ( Baju + Seluar)  tq.

Monday 20 February 2012

Liga Futsal B1 lagi

Pada sabtu ini 25hb akan berlangsung liga futsal B1, bertempat di planet futsal, subang. anjuran jurulatih futsal B1 Malaysia. tahniah kepada jurulatih atas usaha tersebut. Pada mulanya penyertaan adalah diharapkan dari singapura dan thailand juga, namun negara tersebut belum bersedia. surat jemputan telah dikeluarkan. Namun begitu perjuangan harus diteruskan, perjuangan memartabatkan futsal B1 di mata masyarakat malaysia.  5 pasukan akan menyertai liga ini.  Harap team saya akan menjadi pesaing yang hebat dalam pertandingan ini.. GOOD LUCK semua. Tq penganjur.

Tuesday 24 January 2012

Majlis Dialog bersama JPA, SPA dan CUEPACS bersama OKU Penglihatan

Tahniah kepada penganjur SBM

Tertarik dengan ucapan presiden SBM.

Janganlah dijumudkan pekerjaan-pekerjaan yang bersesuaian dengan OKU penglihatan khususnya operator telefon-  ( Kini jawatan dikenali sebagai PT - bertujuan untuk lebih terbuka dan umum) walaubagaimanapun kegusaran OKU penglihatan adalah tidak diambil lagi untuk perjawatan tersebut kerana ianya perlu jelas bersaing)

Untuk jawatan - jawatan lain dan profesional biarlah kami bersaing..... mengetengahkan bakat kami sebagai pekerja yang baik dan berdedikasi.

Namun sediakanlah kami ruang untuk berkerja dan berkhidmat untuk negara walaupun dengan jawatan yang biasa,

Kami ada anak, untuk ditunjukan setinggi mana menara KLCC.. walaupun kami x nampak
Kami ada anak, untuk ditunjukan betapa cantiknya pembangunan dimalaysia.. walaupun kami x nampak
Kami ada anak, untuk ditunjukan betapa cantiknya kereta buatan malaysia,... walaupun kami x nampak..
Kami ada anak, untuk diberi sesuap nasi dan pendidikan....ada anak untuk hantar tuisyen..
Kami ingin berkhidmat untuk negara.. dengan mendapat seadanya untuk menyara kehidupan keluarga.
Janganlah dinafikan hak kami untuk berkhidmat untuk negara.

Dikaitkan dengan seorang OKU buta telah dipanggil temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir. Oku ini telah ditolak oleh penemuduga dengan meminta maaf tidak dapat menerima kerana "kamu buta". 

(Masih ada si bahlul.. yang berkata sedemikian.. yang pastinya berpendidikan kerana boleh dijadikan penemuduga. Rupanya lebih tidak berpendidikan seperti katak bawah tempurung.   Sekurang-kurangnya, sekiranya ia tidak pasti.. dengan kebolehan orang buta..,.. catatlah dulu, rujukla dulu pihak yang berkaitan, fahamilah.. dulu, atau ujila.. dulu.._
Sibedebah ini sebenarnya tidak layak menjadi penemuduga,  alasan yang begitu bodoh.

Secara kesimpulannya.. siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab?

1. Orang yang berada diatas perlu bertanggungjawan menyediakan ruang seperti yang telah termaktub dalam peraturan ( Dasar 1%) masih tidak dipenuhi

2. Pengurusan OKU ( MAB, JKM dan Sebagainya)- wajar menggerakan pihak atasan, wajar mempromosikan nakat OKU

3. Pemimpin OKU ( Persatuan-Persatuan)- Wajar mengerakan - Contoh seperti Forum ini, secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pihak-pihak yang terlibat.

4. OKU itu sendiri- Perlu mempamirkan bakat dan kebolehan dalam malaksanakan tugas dan tanggungjawab, Sikap meminta ( demand) terlebih dahulu adalah sesuatu yang kurang baik) Laksanakan tugas dan tanggungjawab sebaiknya dengan segala apada yang ada.. dan permintaan untuk kebajikan boleh dipohon seadanya dengan menunjukan kebolehan sendiri.. Contoh : Si OKU ditawarkan untuk berkhidmat dimana2 tempat, tetapi sebaliknya memohon untuk minta ditempat yang berhampiran rumah atas alasan, kesukaran pengangkutan susah bergerak ditempat baru kerana buta.   Jauhila alasan sebegini kerana ianya akan lebih menyebabkan kepercayaan sukar dibina.  Saya percaya OKU penglihatan perlu menyesuaikan diri dimana-mana sahaja tempat yang bersesuaian (yang tidak mendatangkan bahaya besar) kerana mereka boleh berdikari, mereka ada cara, dan mereka lebih peka dari orang biasa.- Tidak salah untuk demand, tetapi biarlah berpada dan bertepatan.. Ramai lagi anak-anak murid kita di bawah yang memerlukan perkerjaan- JIka OKU yang bekerja telah membuktikan kerja adalah baik, maka tidsak susah anak-anak kita nanti untuk mendapat peluang pekerjaan, Tetapi jika pekerja OKU sekarang menunjukan sikap kerja yang tidak baik.. maka nescaya.. kesukaran pekerjaan untuk oku akan terus.. dan beterusan..

Hanya sebuah pandangan......

Perlawanan Futsal B1 Terbuka Kebangsaan sempena hari wilayah

Perlawanan futsal ini akan diadakan didataran merdeka pada 29 hb Januari 2012, bermula Jam 9.oo pagi.  Sasaran penyertaan adalah 5 pasukan dimana setiap pasukan perlu menyenaraikan
1. Seorang Pengurus/ Jurulatih
2. Seorang Gol Guide
3. Seorang Penjaga Gol  ( Normal)
4. Pemain Buta ( B1)   6 orang

Penyertaan masih lagi terbuka diharap banyak penyertaan pasukan bagi memantapkan lagi pemilihan team futsal kebangsaan. ( Malaysia). Semoga semua memberi sokongan


Gambar2 malaysia Vs Korea





Monday 26 December 2011

Pesta Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada 18-23 Disember 2011 saya menyertai pesta sukan tersebut dengan mewakili pasukan bolasepak senior MESCA.  Kali pertama menyertai pemilihan dan akhirnya saya terpilih untuk mewakili MESCA. Posisi saya tetap dan berpencen pastinya penjaga gol. Diringkaskan .. menginap disebuah asrama sekolah.. Terkenang zaman sekolah dahulu.. Dah lama tidak menginap[ diasrama .. almaklumlah... mesyuarat@.. banyak dilaksanakan di hotel.. walaubagaimanapun satu pengalaman yang menaraik.. Nak jadi cerita... hujan sangat lebat di Johor Bahru.. Padang Banjir.. Makan penganjur memutuskan pusingan awal dengan tendangan penaliti..   Sewaktu tendangan penalti tersebut.. jurulatih telah memilih saya untuk menangkis tendangan penalti.... (Terima Kasih atas kepercayaan)
Penati Pertama- MESCA lwn Kuala Lumpur
Berkesudahan 4-4.. ( Seri ) saya hanya dapat menepis satu bola.. yang memang dah sangkut diair.. n satu bola dah tepis tapi masih masuk kedalam gol.. yang lain... tengok saja)

Penalti Kali Kedua- MESCA lwn Pahang
Berkesudahan 4-3 ( Menang) Saya berjaya menepis 3 tendangan.. 2 berjaya diselamatkan.. 1 still masuk dalam gol. 2 biji tengok saja.. Kemenangan ini. melayakan MESCA untuk kali pertama ke Suku Akhir.a Wirala.. juga dalam tendangan penalti tersebut.. he... he... t5erasa cam khairul fahmi... bila kwn2.. mengejar...penjaga gol.. selepas menyelamatkan tendangan penaliti...

Perlawanan suku akhir. MESCA lawan Selangor
Tewas 2-0... ( Permainan Padang)  Sya menjadi penjaga gol simpanan untuk perlawanan tersebut.

Pengalaman yang sangat berharga
Terima kasih buat semua yang terlibat

Monday 5 December 2011

Malaysian Blind Fulsal Team

Terima kasih kerana saya terpilih mewakili negara malaysia dalam perlawanan persahabatan antara korea dan malaysia. Saya adalah penjaga gawang bagi team malaysia. Terima kasih atas kepercayaan semua, jurulatih, pemain-pemain dan pihak yang terlibat
pada 19 dan 20 November 2011 ( Stadium Hoki Bukit Jalil)
Keputusan:


Perlawanan pertama 19 Nov 2011  ( Malaysia tewas 2-0)
Perlawanan kedua 19 Nov 2011 ( Malaysia tewas 1-0)

Perlawanan akhir (20 Nov 2011 ( Malaysia tewas lagi 1-0)

Walaubagaimanapun malaysia telah menunjukan kebangkitan yang mendadak.. mengejutkan jurulatih dan pengurusan blind futsal korea.. berbanding perlawanan 3 tahun lepas. Pada hakikatnya blind futsal teaam malaysia kurang mendapat perhatian semua pihak, ini adalah hasil usaha pemain yang bermain dan berlatih sendiri. Terima kasih kepada jurulatih khusus untuk perlawanan tersebut.. dengan masa yang terhada (5 kali latihan) mampu mengajar kami dengan baik.

Maaf kepada kawan-kawan sepasukan.. saya bolos juga.

Permainan korea sangat menunjukan kemaatangan.. tendangan dan kawalan bola sangat baik.

Semoga suatu hari nanti.. kita lebih hebat dari mereka....

Satu pengalaman yang tidak ternilai...

Tq Malaysian Blind Futsal Teams...  ...

NCBM Silver Jubilee Convention

Saya turut menghadir  seminar tersebut Pada 5,6 dan 7 Disember di Hotel Midah
Sangat memberi input, banyak kenalan baru di kalangan OKU penglihatan.. Ramai oku penglihatan yang sangat berjaya. salam taniah dan terima kasih atas jemputan menghadiri seminar.

Terima kasih juga atas jemputan dinner pada 4 Disember di Hotel Crystal Crown , Petaling Jaya